Mutawatir (Hadis)
Satu daripada jenis hadis, iaitu hadis yang
diriwayatkan oleh ramai orang sejak daripada zaman Rasulullah sampai
sekarang. Oleh kerana terlalu ramai orang yang meriwayatkan hadis ini dan
berlainan pula tempat tinggalnya, maka mustahil bagi mereka itu berpakat untuk
berdusta tentang hadis tersebut.