Saturday, August 15, 2015

Komunisme

Fahaman yang menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat

t4ms56


Menurut komunisme, agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.



MULHID SEKULARSMA  SOSIALISMA   KOMUNISMA    LIBERALISMA   MATERIALISMA   KAPITALISMA

Liberalisme

Fahaman yang mahukan demokrasi dan kebebasan dalam kegiatan ekonomi, politik dan sosial.


  • Individu lebih daripada masyarakat
  • Masyarakat wujud untuk individu
  • Individu bebas daripada nilai-nilai agama


MULHID SEKULARSMA  SOSIALISMA   KOMUNISMA    LIBERALISMA   MATERIALISMA   KAPITALISMA

Jihad

Mencurahkan segala daya upaya yang ada (bersungguh-sungguh) untuk memerangi musuh Allah, musuh negara serta mempertahankan agama dan kebenaran

Mahmudah

Sifat-sifat terpuji dan mulia seperti tolong menolong dan sebagainya.

Maksum

Para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh mencacatkan kemuliaan baginda sebagai utusan pilihan Allah 

Manipulasi

Menggunakan kemahiran dan kepakaran untuk memperolehi keuntungan peribadi dengan cara yang salah.

pu-keuntungan peribadi
s- salah

HARTA  HAK MILIK   HAK MILIK PERIBADI  HAK MILIK UMUM HAK MILIK NEGARA   ANAK YATIM KANAK-KANAK SAFIH GILA  MANIPULASI MONOPOLI  RIBA    RASUAH   PECAH AMANAH SABOTAJ
MEROSAKKAN HARTA  MENCEROBOH  HARTA PEKERJAAN BEKERJA KERANA ALLAH

Masalih al-Mursalah

Memelihara tujuan syarak serta membawa kebaikan umum dengan menolak segala yang merosakkan dan memudaratkan mahkluk

Materialisme

Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini


MULHID SEKULARSMA  SOSIALISMA   KOMUNISMA    LIBERALISMA   MATERIALISMA   KAPITALISMA

Ma'unah

Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa diusahakan untuk dipelajarinya.  Contohnya terlibat dalam suatu kemalangan yang dahsyat, namun dia terselamat.

Mazmumah

Sifat-sifat keji yang di benci oleh Allah s.w.t seperti mencuri berbohong dan sebagainya

Memelihara

Menjaga, melindungi dan membela  sesuatu dengan baik.

Memelihara alam

Menjaga dan melindungi alam ini supaya tidak di rosakkan

t4/ms33 

Memulihara

Memulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik

Memulihara alam

Mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam semula tumbuh-tumbuhan yang telah di tebang atau di musnahkan supaya habitat alam akan kekal dan baik. 

Menceroboh harta

Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi syarak seperti mencuri.

Merosakkan harta

Membelanjakan harta kepada perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat kepada pemiliknya atau orang lain seperti membazir.

Monopoli

Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang, sebuah firma atau sekumpulan orang atau firma.

Mudharabah

Pelabur memberi modal kepada  orang tertentu untuk diperniagakan dan keuntungannya di bahagi dua atau sebahagiannya menurut perjanjian yang  telah dipersetujui bersama semasa akad, manakala kerugiannya jika ada hanya akan  ditanggung oleh pihak pelabur sahaja. 

Muhasabah

Perbuatan menilai diri sendiri

Mujtahid

Ahli hukum Islam yang  memutuskan sesuatu hukum fikah berasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan menurut pendapatnya sendiri

Mukallaf

Orang Islam  yang telah akil baligh atau cukup umur  dan diwajibkan mematuhi segala hukum Islam

MUAMALAH MUKALAF PUTIK TA'AWUN SEDEKAH ZAKAT IJARAH BAI' WADIAH RAHNU BERHUTANG

Munafik

Seseorang yang berpura-pura menganut dan patuh kepada ajaran Islam sedangkan hatinya tidak tidak mempercayai ajaran Islam.

Murabahah

Akad jual beli bagi barangan tertentu. (Penjual menyatakan kos yang dikeluarkan dan jumlah keuntungan yang dikehendaki. Pembayaran dilakukan semasa penyerahan barang atau atau pada masa lain yang dipersetujui bersama).

Murtad

Keluar daripada agama Islam 

Murunah

Luwes atau anjal iaitu agama Islam boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan, namun masih tetap atas prinsip asasnya.

Musafir

Orang yang dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

Mushaf

Naskah al-Quran yang bertulis tangan atau bercetak

Musyarakah

Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi dalam keuntungan. ( Syarikat )

Mutawatir (Hadis)

Satu daripada jenis hadis, iaitu hadis yang diriwayatkan  oleh ramai orang sejak daripada zaman Rasulullah sampai sekarang. Oleh kerana terlalu ramai orang yang meriwayatkan hadis ini dan berlainan pula tempat tinggalnya, maka mustahil bagi mereka itu berpakat untuk  berdusta tentang hadis tersebut.

Nas

Dalil daripada al-Quran atau al-Hadis Rasulullah s.a.w

Negara Islam

Negara yang mengarahkan  segala urusan pemerintahan  dan pentadbirannya  tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan  al-Quran dan hadis serta Ijtihad yang benar 

Tuesday, August 11, 2015

Neraka

Tempat balasan azab yang dikhaskan untuk orang yang mengingkari perintah Allah semasa  hidup didunia.

Perawi

Orang yang meriwayatkan / menceritakan sesuatu hadis

Pekerjaan

Pekerjaan menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang atau harta dengan cara yang  halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak

HARTA  HAK MILIK   HAK MILIK PERIBADI  HAK MILIK UMUM HAK MILIK NEGARA   ANAK YATIM KANAK-KANAK SAFIH GILA  MANIPULASI MONOPOLI  RIBA    RASUAH   PECAH AMANAH SABOTAJ
MEROSAKKAN HARTA  MENCEROBOH  HARTA PEKERJAAN BEKERJA KERANA ALLAH

t5ms32


Perpaduan ummah

Sebuah masyarakat yang hidup sayang menyayangi dan hormat menghormati antara satu sama lain

Monday, August 10, 2015

Perundangan Islam

Hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t  kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya

Piagam Madinah

Perlembagaan Madinah / Sahifah Madinah

Putik

Buah yang baru jadi atau buah yang masih muda dan kecil.

PUTIK

Qadha

Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata.

Qias

Menghubungkan hukum yang tidak ada (cabang) kepada hukum yang ada (asal) kerana bersamaan illat (sebab)

Nabi

Manusia lelaki  pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya  dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.

Qisas

Hukuman dan kesalahan yang telah ditetapkan oleh syarak melalui al-Quran dan al-Hadis kerana kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota tubuh badan dan nyawa manusia

Qur'an

Kalam Allah s.w.t  yang bermukjizat serta diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab.

Rasuah

Memberi atau menerima sesuatu barangan yang berharga untuk mendapatkan sesuatu atau untuk melepaskan sesuatu tindakan dengan cara yang salah


Rasul

Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t dari kalangan para nabi yang diberikan wahyu untuk dirinya dan dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain.

  Rabbaniyyah Rububiyyah   Uluhiyyah 'Alamiyyah   Syumulliyyah  Waqiyyah Murunah Insan 

Ad-din Fitrah beragama  Rasul  Alam musyahadah Alam ghaib Alam

SPM 2012

Rasul Ulul Azmi

Para rasul yang memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi rintangan dan tentangan daripada umatnya ketika menyampaikan ajaran dan seruan kepada umatnya
'Alamiyyah
 Insan 
Thabat  
Rasul Ulul Azmi
Waqiyyah
x

Riak

Menunjuk-nunjuk amalan baik yang telah dilakukannya kepada orang lain dengan tujuan  mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat

Riba

Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutang atau pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran

Rabbaniyyah

Ketuhanan iaitu segala hukum,konsep,prinsip,nilai dan peraturan yang terkandung dalam ajaran Islam adalah bersumberkan wahyu Allah s.w.t dan hadis.

Rububiyyah

Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah s.w.t yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain, melainkan Allah s.w.t yang Maha Berkuasa dan Esa. 

SPM 2011

t4 : 2

Riddah

Keluar daripada agama Islam ( Murtad )

Sunday, August 9, 2015

Syariat

Segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada manusia

Syirik

Menyekutukan Allah dengan sesuatu dari segi sifat zat atau perbuatan seperti beribadat selain kepada Allah

Saturday, August 8, 2015

Syumulliyyah

Lengkap iaitu agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat.

Syurga

Tempat yang indah dan penuh keseronokan untuk orang-orang taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t semasa mereka di dunia

Ta'awun

Tolong menolong dan bekerjasama dalam memenuhi keperluan dalam kehidupan seharian

Taghut

Perkara-perkara yang boleh menyesatkan umat Islam daripada agamanya seperti Syaitan,berhala dan apa-apa sahaja yang menyesatkan

Takaful

Gabungan anggota masyarakat untuk saling jamin menjamin dan tolong-menolong bagi meringankan  beban  orang perseorangan serta menjauhi kerosakan yang  menyusahkan (insurans secara Islam)

Takzir

Bahasa : mencegah.

Istilah syarak : kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim atau kadi untuk memutuskannya.

HUDUD   TAKZIR  QISAS  DIAT

Talak

Pembubaran ikatan perkahwinan  yang sah dengan lafaz talak (cerai)  atau yang seumpama dengannya

Tamadun

Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan  pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik) yang tinggi dan maju.

Sanad

Perawi yang menyampaikan hadis

Sekularisme

Satu kefahaman yang memisahkan nilai-nilai agama dengan kehidupan




MULHID SEKULARSMA  SOSIALISMA   KOMUNISMA    LIBERALISMA   MATERIALISMA   KAPITALISMA

Sistem sosial Islam

Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan masing-masing berlandaskan ajaran Islam 

Sosial

Segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat

Sosialisme

Sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.
T4MS56



MULHID SEKULARSMA  SOSIALISMA   KOMUNISMA    LIBERALISMA   MATERIALISMA   KAPITALISMA

Suhuf

Catatan wahyu yang sedikit bilangannya yang diturunkan kepada Nabi Syis sebanyak 50, Nabi Idris 30, Nabi Ibrahim 10 dan Nabi Musa 10 suhuf.

Tawakal

Berserah diri kepada ketentuan Allah s.w.t setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu

Sum'ah

Menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan pujian dan sanjungan daripada orang lain

Thabat

Tetap, teguh dan tidak berubah.

Thiqah

Boleh dipercayai

Transaksi

Persetujuan jual beli, urusan jual beli, urusniaga

Ujub

Kagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukan sesuatu ibadat serta memandang rendah dan melekeh-lekehkan amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain

Utopia

Sesuatu yang mungkin tidak dapat dilaksanakan

Wadiah

Mewakilkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepada  orang lain untuk disimpan dan diurus.

Dari  segi amalan perbankan pendeposit mengamanahkan wangnya kepada bank untuk disimpan. Pendeposit akan menerima keuntungan daripada simpanannya

Wahyu

Bahasa: Nasihat dan bimbingan daripada Allah s.w.t
Istilah: Ilham atau perintah daripada Allah s.w.t yang disampaikan      kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan Malaikat Jibril atau terus daripada Allah s.w.t

Wakaf

Harta yang diserahkan oleh seseorang atau sesuatu pihak untuk faedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam

Waqi’yyah

Dari segi bahasa bermaksud realiti. Apabila di hubungkan dengan Islam bermaksud praktikal, mampu di amalkan oleh semua golongan manusia.
'Alamiyyah
 Insan 
Thabat  
Rasul Ulul Azmi
Waqiyyah

t4  : 101
x

Thursday, August 6, 2015

Ijtihad

Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak yang  berdasarkan al-Quran dan al-Hadis

Ijmak

Persetujuan atau persepakatan antara ulama mujtahidin daripada umat Nabi  Muhammad mengenai sesuatu hukum syarak pada masa-masa tertentu

Fitrah beragama

Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah s.w.t sebagai pencipta alam ini.

Fitrah ialah naluri semula jadi manusia yang mengakui adanya Tuhan Yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT
  
'Alamiyyah
 Insan 
Thabat  
Rasul Ulul AzmiWaqiyyah
x
SPM 2009

Hudud

Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t. Kesalahan hudud adalah seperti mencuri, merompak, berzina, murtad, qazaf, dan meminum arak

HUDUD   TAKZIR  QISAS  DIAT

Fikah (perundangan)

Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. ( al-Quran atau hadis)

Fikah (ilmu Fiqah)

Suatu ilmu yang membicarakan hukum atau perundangan Islam tentang perbuatan mukalaf, seperti hukum wajib, haram, harus, sah atau tidaknya sesuatu perbuatan. Orang yang mengetahui hukum itu disebut fakih.

Fatwa

Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa. Contohnya hukum harus menderma darah

Falsafah Jenayah

Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap kesalahan yang melibatkan  pencerobohan terhadap nyawa, anggota tubuh  badan serta harta benda manusia.  

Antihadis

Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber hukum dalam Islam.

Din

Satu cara hidup manusia yang lengkap dan sempurna dan tidak hanya tertumpu pada soal ibadat semata-mata, malah merangkumi seluruh kehidupan manusia.
SPM 2007

Dhabit

Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingati sesuatu yang didengarinya

Diat

Harta benda atau bayaran tertentu yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidak dapat dilaksanakan.

HUDUD   TAKZIR  QISAS  DIAT

Fardhu Kifayah

Kewajipan / perintah Allah  yang dikenakan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika sudah terdapat sebahagian daripada umat Islam dalam sesuatu kawasan telah melaksankan perintah tersebut, maka semua orang terlepas daripada dosa, tetapi jika tiada sesiapa pun yang melaksanakannya maka semua orang akan berdosa.  Seperti menguruskan jenazah

Fardhu Ain

Kewajipan/perintah Allah  yang dikenakan ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika dilaksankan akan mendapat pahala manakala jika ditinggalkan akan berdosa. Seperti menuntut ilmu

Asma’ wa sifat

Allah memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang mulia, iaitu  Allah s.w.t memiliki 99 nama yang indah  bagi diri-Nya dan memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib,20 sifat mustahil dan satu sifat yang harus baginya. 

Amar makruf nahi mungkar

Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran kerohanian masyarakat

'Alamiyyah

Sarwajagat / global iaitu Islam ialah agama yang sesuai kepada semua manusia tanpa mengira tempat dan zaman.

Alam Musyahadah

Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal manusia. seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan sebagainya.

'Alamiyyah
 Insan 
Thabat  
Rasul Ulul AzmiWaqiyyah

x

SPM 2014

Alam kubur / alam barzakh

Tempat sementara menunggu hari kiamat akhirat

t4/27

Alam Ghaib

Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia. Kewujudan alam ini dapat difahami melalui keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t Contohnya seperti alam kubur, padang mashyar , jin, syurga dan neraka  

Alam

Segala mahkluk yang ada dilangit dan di bumi yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk kegunaan dan kemudahan manusia.


Akidah

Keyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah s.w.t  yang maha Esa, yang tiada bersekutu, mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, kesucian dan kebesaran

Akal

Keupayaan  manusia berfikir

Ajnabi

Orang lelaki atau perempuan yang sah dikahwinkan antara keduanya ( tiada perhubungan kekeluargaan )

Ajaran Sesat

Ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya yang berdasarkan al-Quran dan hadis contohnya ajaran Ayah Pin.

Agama Langit

Agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia melalui perantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam, Kristian, Yahudi dan Nasrani.

Agama Budaya


Agama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan oleh manusia sendiri, hasil daripada pemikiran mereka tanpa bimbingan wahyu. Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisma dan sebagainya